Sunday, April 4, 2010

INI LAH HIDUP

INI LAH HIDUP


Hidup ini peluang, manafaatkannya
Hidup ini indah, sanjunginya
Hidup ini nyaman, kecapinya
Hidup ini impian, nyatakannya
Hidup ialah ilmu, pelajari ia
Hidup ini tipu daya, perhatikannya
Hidup adalah mercu, tandai ia
Hidup ialah hadiah, tuntut ia
Hidup ini cabaran, hadapinya
Hidup ini tugas, sempurnakannya
Hidup ini permainan, mainkannya
Hidup ini adalah janji, penuhinya
Hidup ini penderitaan, atasinya
Hidup ini lagu, nyanyikannya
Hidup ini hempas pulas, terimalah ia
Hidup ini peristiwa, tentanglah ia
Hidup ini pengembaraan, cekalkan diri
Hidup ini tuah, jadikan ia
Hidup ialah perjalanan, jejaki ia
Hidup ini terlalu berharga, jangan dimusnahkan
Hidup adalah untuk hidup, bukan belajar hidup
Hidup adalah hidup, bukan hidup-hidupan
Hidup adalah hidup, perjuangkan

KELEBIHAN AIR....


PEMIKIRAN YANG SIHAT HASIL DARI BADAN YANG SIHAT
BADAN YANG SIHAT HASIL DARI PERUT YANG SIHAT
PERUT YANG SIHAT HASIL DARI USUS YANG SIHAT
USUS YANG SIHAT HASIL DARI MAKANAN YANG SIHAT
MAKANAN YANG SIHAT HASIL DARI PILIHAN YANG SIHAT
PILIHAN YANG SIHAT HASIL DARI PERGAULAN YANG SIHAT
PERGAULAN YANG SIHAT HASIL DARI MASYARAKAT YANG SIHAT
MASYARAKAT YANG SIHAT HASIL DARI CARA HIDUP YANG SIHAT
CARA HIDUP YANG SIHAT HASIL DARI PENGAJARAN YANG SIHAT
PENGAJARAN YANG SIHAT DARI KETURUNAN YANG SIHAT
KETURUNAN YANG SIHAT  YANG SIHAT HASIL DARI KEBENARAN
KEBENARAN HASIL DARI SUNNAH NABI-NABI DAN RASUL

“SESUNGGUHNYA RAHSIA KEHIDUPAN ITU AKU JADIKAN PERUMPAANNYA AIR”

Minum air waktu perut kosong

Minum air sebaik saja bangun dari tidur setiap padi telah terkenal di Negara Jepun. Lebih-lebih lagi ujian saitifik telah membuktikan kebaikannya. Pertubuhan Perubatan Jepun telah menemui kejayaan untuk menyembuhkan pesakit-pesakit lama dan baru dengan cara penawar air 100% terhadap penyakit-penyakit berikut;
Sakit kepala
Bisa-bisa badan
Sistem Jantung
Sakit Sendi (atritis)
Denyut nadi yang cepat
Gila babi
Lemak yang berlebihan
Lelah
TB
Kestabilan cecair otak
Buah Pinggang dan pundi kencing
Mual, Muntah-muntah
Gastritis (uluran)
Cirit birit
Buasir
Kencing manis
Kebersihan rahim wanita
Semua jenis sakit mata
Sembelit
Barah
Kegagalan alat kelamin
Penyakit-penyakit telinga, hidung dan kerongkong (ENT)


Cara rawatan:

  1. Sebaik saja kamu bangun pagi dari tidur sebelum berus gigi minum air kosong suam 4 x 160ml.
  2. Berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan apa-apa selama 45 minit
  3. Selepas 45 minit kamu bolehlah makan dan minim seperti biasa
  4. Jangan makan atau minum apa-apa sehabis sarapan, makan tengah hari dan makan malam selama dua jam.
  1. Bagi orang tua dan sakit lama yang tidak mampu minum 4 gelas air pada permulaan rawatan bolehlah mulakan dengan segelas dan ditambah sedikit demi sedikit hari ke hari sehingga mencapai 4 gelas setiap pagi.

Cara tersebut akan menjadi penawar untuk menikmati kehidupan yang sihat dan ceria.  


SEJARAH TANG SOO DO

SEJARAH DAN PENGENALAN TANG SOO DO

Tang Soo Do adalah sejenis seni bela diri yang berasal dari Korea dan ia di katakan salah satu seni bela diri asli Negara itu. Dari istilah Tang bermakna.salah satu dari dinasti yang pernah memerintah Negara Cina. Soo bererti tangan dan Do ialah cara atau seni. Bila di simpulkan maknanya ia membawa maksud Seni Cara Cina. Ini berdasarkan kepada sejarah bela diri ini yang di pengaruhi oleh Cina di zaman dinasti Tang. Walau pun ia telah berlalu berkurun lamanya, nama Tang dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah dan pertalian hubungan antara Cina dan Korea.

Pengasas kepada Tang Soo Do secara berorganizasi ialah Hwang Kee, selepas perang dunia kedua.

Semasa jepun memasuki Korea, Hwang Kee dengan beberapa pakar Tang Soo Do telah meninggalkan Korea dan menuju ke Cina. Semasa di Cina mereka telah berjaya memantapkan seni ini dengan pengikut yang ramai.

Sekembalinya ke Korea Hwang Kee telah mendaftarkan Tang Soo Do di bawah Moo Duk Kwan.

Tang Soo Do Malaysia

Tang Soo Do telah bertapak di Malaysia pada tahun 1964 di Miri, Sarawak. Pada tahun 1968 ia telah berpindah ke Kucing. Pelopor kepada perkembangan Tang Soo Do di Malaysia ialah Master Lee Pal Yong (8 Dan) dari Korea. Beliau merupakan ketua jurulatih bagi kawasan Asia Tenggara.

Pada tahun 1972 Tang Soo Do mula berkembang ke Semenanjung iaitu Teluk Intan< style=""> Malaysia Tang Soo Do).

Tang Soo Do Kelantan

Ia telah di bawa ke Kelantan oleh Master Johari Omar pada tahun 1994. Beliau telah mendapat latihan Tang Soo Do sewaktu berkhidmat sebagai juruteknik kapalterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia di TUDM Kuching , Sarawak di bawah jurulatih Master Han dari Korea.

Pada awal pengenalan ia mula di kembangkan di Tok Uban, Pasir Mas selepas beliau menamatkan perkhidmatannya dengan Tentera Udara Di Raja Malaysia. Kemudian ia di kembangkan ke Pengkalan Chepa. Tang Soo Do Kelantan mendapat pencalonan kelab sukan paling aktif untuk menerima penganugerhan dari Sultan Kelantan. Tang Soo Do Kelantan juga pernah menjalankan aktiviti-aktiviti luaran seperti mengadakan perkhemahan motivasi utk belia-belia Bandar, belia Bacok dan belia Kuala Krai. Dua. Pernah juga mengadakan sesi senaman untuk kakitangan Hospital Sultanah Zainab, Kota Bharu. Dua tahun kemudian ia mula berkembang ke Kuala Krai., dan sekarang ia masih berkembang di Pasir Mas tempat kelahiran beliau.

Dengan perbelanjaan sendiri ahli-ahli Tang Soo Do Kelantan seramai lima orang telah menyertai pertandingan pertamanya diperingkat kebangsaan yang telah diadakan di Teluk Intan (2004) dan berjaya mendapat satu pingat gangsa.

Falsafah dan Nilai Murni

Falsafah

· Mempertahankan diri lebih baik dari menyerang

· Bertindak hanya apabila terdesak.

Nilai-nilai murni

· Taat kepada raja dan Negara

· Taat kepada kedua ibu bapa

· Menghormati kepada orang yang lebih tua dan senior

· Tidak menyalah gunakan ilmu

Pembelajaran

Tang soo Do lebih menekankan aspek mempertahankan diri lebih baik dari menyerang. Bagi Tang Soo Do menyerang adalah lebih merbahaya dan ini akan menjadikan penuntutnya ganas. Penggunaan senjata tajam juga tidak di galakkan, sebaliknya dengan menggunakan kedua tangan. Jika di latih betul-betul Tang Soo Do mampu berdepan dengan serangan senjata demi mempertahankan diri

Tang Soo Do mempunyai teknik-teknik yang

bersesuaian dengan pergerakkan normal manusia

dimana semua teknik ini boleh dibincangkan secara

ilmiah dan sering dipertingkatkan kemampuan dan

kemahirannya. Ini menjadikan penuntutnya membuat beberapa kajian secara praktikaluntuk memperolehi keberkesanan bagi merialisasikan segala teknik yang dipelajari .

Ia mempunyai konsep yang tersendiri bagi memperaktikkan segala teknik Tang Soo Do berpandukan kepada formula:

  • Xian – Garis atau focus
  • Mei – Kelinciran
  • Suk – Kelajuan atau kepantasan

Tang Soo Do akan bertindak hanya apabila terdesak sahaja. Disiplin adalah amat penting bagi pelatih-pelatih Tang Soo Do sebab itulah apabila didapati mereka melanggar disiplin ini maka tindakan disiplin akan di ambil terhadap mereka.

Tang Soo Do sering menekankan konsep seni bela diri dimana bermatlamatkan kearah membentuk disiplin diri, sebagai latihan untuk kesihatan dan juga merupakan latihan membela diri apabila dicerobohi.